Rakam ke berbilang trek instrumen perisian
Anda boleh merakam ke berbilang trek instrumen perisian secara serentak.
Semasa rakaman, sebarang pelarasan pada tombol atau kawalan lain dalam kawasan Kawalan Pintar dirakam sebagai automasi berasaskan rantau. Anda boleh menggunakan Lukis MIDI untuk mengedit Rakaman Kawalan Pintar kemudian.
Rakam ke berbilang trek instrumen perisian secara serentak
Klik butang Dayakan Rakaman dalam pengepala trek bagi trek yang anda mahu rakamkan.
Gerakkan penunjuk main ke titik dalam pembaris yang anda mahu memulakan rakaman.
GarageBand termasuk metronom, yang memainkan rentak yang stabil untuk membantu anda memain mengikut masa semasa merakam. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ini menggunakan butang Metronom , dalam bar kawalan.
-
Klik butang Kiraan Masuk dalam bar kawalan agar metronom memainkan kiraan masuk satu atau dua bar sebelum rakaman bermula.
Nota: Untuk persediaan asal, pilih Rakam > Kiraan Masuk, kemudian pilih ukuran.
Klik butang Rakam dalam bar kawalan (atau tekan R) untuk mula merakam.
-
Gunakan keyboard MIDI, tetingkap Penaipan Muzik atau keyboard muzik atas skrin anda untuk memainkan beberapa not. Rakam seberapa banyak laluan kitaran yang anda inginkan.
Rantau MIDI baru muncul pada setiap trek yang didayakan rakaman.
Klik butang Henti dalam bar kawalan (atau Tekan bar Space) untuk menghentikan rakaman.