Rakam ke atas rakaman instrumen perisian

Rakaman ke atas ialah proses rakaman persembahan di atas persembahan sedia ada, yang menggabungkannya ke dalam rantau tunggal. Anda boleh menggunakan proses ini untuk menambah bunyi rakaman tambahan pada persembahan yang dirakam sebelumnya.

Semasa rakaman, sebarang pelarasan pada tombol atau kawalan lain dalam kawasan Kawalan Pintar dirakam sebagai automasi berasaskan rantau. Anda boleh menggunakan Lukis MIDI untuk mengedit Rakaman Kawalan Pintar kemudian.

Rakam ke atas rakaman instrumen perisian

  1. Pilih GarageBand > Keutamaan.

  2. Dalam Keutamaan umum, pilih Gabung daripada menu timbul “Kitar aktif”.

  3. Seret kiri atau kanan dalam bahagian atas pembaris.

    Kawasan kitaran muncul sebagai jalur kuning dalam pembaris dan mod Kitaran diaktifkan secara automatik.

    Rajah. Setkan kawasan kitaran kuning dalam pembaris.
  4. Klik butang Rakam Butang Rakam dalam bar kawalan (atau tekan R) untuk mula merakam.

    Rakaman bermula selepas kiraan masuk yang dipratentukan.

  5. Gunakan keyboard MIDI, tetingkap Penaipan Muzik atau keyboard muzik atas skrin anda untuk memainkan beberapa not. Rakam seberapa banyak laluan kitaran yang anda inginkan.

  6. Klik butang Henti Butang Henti dalam bar kawalan (atau Tekan bar Space) untuk menghentikan rakaman.

Hasil akhir ialah rantau MIDI tunggal yang mengandungi persembahan digabungkan dari setiap laluan kitaran.