Rakam babak instrumen perisian tambahan
Apabila anda merakam, anda boleh merakam berbilang versi atau babak, dalam jujukan pantas. Kemudian, anda boleh mempratonton rakaman babak dan memilih rakaman yang anda mahu gunakan dalam projek.
Semasa rakaman, sebarang pelarasan pada tombol atau kawalan lain dalam kawasan Kawalan Pintar dirakam sebagai automasi berasaskan rantau. Anda boleh menggunakan Lukis MIDI untuk mengedit Rakaman Kawalan Pintar kemudian.
Rakam berbilang rakaman MIDI
Pilih GarageBand > Keutamaan.
Dalam Keutamaan umum, pilih Cipta Rakaman daripada menu timbul “Kitar aktif”.
-
Seret kiri atau kanan dalam bahagian atas pembaris.
Kawasan kitaran muncul sebagai jalur kuning dalam pembaris dan mod Kitaran diaktifkan secara automatik.
-
Klik butang Rakam dalam bar kawalan (atau tekan R) untuk mula merakam.
Rakaman bermula secara automatik pada permulaan kawasan kitaran yang ditentukan.
-
Gunakan keyboard MIDI, tetingkap Penaipan Muzik atau keyboard atas skrin untuk memainkan sedikit not. Rakam seberapa banyak laluan kitaran yang anda inginkan.
Nota: Setiap babak yang dirakam sebelumnya akan disenyapkan secara automatik semasa rakaman.
-
Klik butang Henti dalam bar kawalan (atau Tekan bar Space) untuk menghentikan rakaman.
Trek yang dipilih mengandungi folder babak tertutup dengan berbilang rantau babak di dalamnya.