Sebelum merakam audio

Anda boleh merakam suara anda, instrumen akustik atau sebarang bunyi lain menggunakan mikrofon terbina dalam komputer anda atau mikrofon yang disambungkan ke komputer anda. Anda merakam bunyi dari mikrofon ke trek audio.

Sebelum anda mula merakam audio, lakukan perkara berikut:

  • Sambungkan mikrofon ke komputer anda dan pastikan mikrofon dihidupkan dan berfungsi.

  • Sambungkan gitar elektrik ke komputer anda dan pastikan gitar dihidupkan dan berfungsi.

  • Pilih trek audio yang anda mahu rakamkan, atau tambah trek audio. Pastikan untuk mengesetkan sumber input, paras kelantangan input dan pemantauan untuk trek.

  • Setkan kedalaman bit projek, yang merupakan nombor bit digital yang terkandung dalam setiap sampel. Merakam pada kedalaman bit 24 bit disyorkan untuk kebanyakan situasi dan merupakan seting lalai.

  • Tala sebarang instrumen yang disambungkan ke sistem anda untuk memastikan rakaman instrumen luaran anda setala dengan sebarang instrumen perisian, sampel atau rakaman sedia ada dalam projek anda.

Setkan sumber input untuk trek

  1. Pilih trek yang anda mahu gunakan, kemudian klik butang Kawalan Pintar Butang Kawalan Pintar dalam bar kawalan.

  2. Klik butang Pemeriksa Butang Pemeriksa dalam bar menu Kawalan Pintar, untuk membuka pemeriksa Kawalan Pintar.

  3. Dalam seksyen Seting Rakaman, klik butang Input untuk bertukar antara pasangan saluran input stereo dan saluran input mono, kemudian pilih sumber dari menu timbul Input.

    Rajah. Butang input dan menu timbul dalam pemeriksa Kawalan Pintar.

Laraskan paras kelantangan input untuk sumber bunyi

  1. Pilih trek yang anda mahu gunakan, kemudian klik butang Kawalan Pintar Butang Kawalan Pintar dalam bar kawalan.

  2. Klik butang Pemeriksa Butang Pemeriksa dalam bar menu Kawalan Pintar, untuk membuka pemeriksa Kawalan Pintar.

  3. Dalam seksyen Seting Rakaman, laraskan gelangsar Paras Rakaman.

    Rajah. Gelangsar Paras Rakaman dan kotak semak Kawalan Paras Automatik dalam pemeriksa Kawalan Pintar.

Anda juga boleh memilih kotak semak Kawalan Paras Automatik untuk membolehkan paras rakaman dilaraskan secara automatik. Ia menurunkan paras untuk menghalang suap balik dan menaikkan paras jika terlalu rendah.

Dengar mikrofon atau instrumen anda semasa anda bermain dan merakam (memantau)

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Klik butang Pemantauan Butang Pemantauan dalam pengepala trek bagi trek yang anda mahu gunakan.

  • Pilih trek yang anda mahu gunakan, kemudian klik butang Pemantauan Butang Pemantauan dalam seksyen Seting Rakaman pada pemeriksa Kawalan Pintar.

    Rajah. Butang Pemantauan Input dalam pemeriksa Kawalan Pintar.

Anda juga boleh memilih kotak semak Perlindungan Suap Balik untuk mengelakkan suap balik semasa anda bermain.