Rakam bunyi dari mikrofon atau instrumen elektrik

Anda merakam bunyi dari mikrofon (contohnya, suara atau instrumen akustik) atau instrumen elektrik (seperti gitar elektrik) yang disambungkan ke komputer anda kepada trek audio.

Rakam audio langsung

  1. Pilih pengepala trek audio atau gitar/bes yang anda mahu rakamkan.

    Rajah. Memilih pengepala trek audio.
  2. Gerakkan penunjuk main ke titik dalam pembaris yang anda mahu memulakan rakaman.

  3. GarageBand termasuk metronom, yang memainkan rentak yang stabil untuk membantu anda memain mengikut masa semasa merakam. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ini menggunakan butang Metronom Butang Metronom, dalam bar kawalan.

  4. Klik butang Kiraan Masuk Butang Kira masuk dalam bar kawalan agar metronom memainkan kiraan masuk satu atau dua bar sebelum rakaman bermula.

    Nota: Untuk persediaan asal, pilih Rakam > Kiraan Masuk, kemudian pilih ukuran.

  5. Klik butang Rakam Butang Rakam dalam bar kawalan (atau tekan R) untuk mula merakam.

  6. Mula bernyanyi atau mainkan instrumen anda.

    Rakaman muncul sebagai rantau audio baru pada trek semasa anda merakam.

    Rajah. Menunjukkan rantau audio yang dirakam dalam warna merah dalam kawasan Trek.
  7. Klik butang Henti Butang Henti dalam bar kawalan (atau Tekan bar Space) untuk menghentikan rakaman.