Simpan atau buka projek melalui iCloud
Menggunakan iCloud, anda boleh memastikan projek GarageBand anda dikemas kini merentas peranti. Anda boleh menyimpan projek GarageBand pada iCloud dan juga mengambil projek GarageBand dari iCloud. Anda juga boleh mengimport projek GarageBand untuk iOS dari iCloud.
Nota: Untuk menggunakan iCloud dengan GarageBand, anda mesti mendaftar masuk ke akaun iCloud anda dan memilih Dokumen & Data dalam Keutamaan Sistem. Untuk mengimport projek GarageBand untuk iOS, anda juga perlu memastikan iCloud diaktifkan dalam GarageBand untuk iOS. Maklumat lanjut tersedia dalam talian di tapak web iCloud atau melalui Bantuan iCloud.
Simpan projek baru ke iCloud
Pilih Fail > Simpan Sebagai.
Jika anda mahu menamakan semula projek, pilih nama dalam medan Simpan Sebagai, kemudian masukkan nama baru.
Pilih iCloud dari menu timbul Tempat.
Klik Simpan.
Alihkan projek sedia ada ke iCloud
Pilih Fail > iCloud > Buka Lagu iCloud.
Klik iCloud di penjuru kiri atas dialog iCloud untuk GarageBand.
Seret projek GarageBand dari Finder ke dalam dialog iCloud untuk GarageBand.
Klik Selesai.
Buka projek sedia ada dari iCloud
-
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Fail > Buka, kemudian pilih iCloud.
Pilih Fail > iCloud > Buka Lagu iCloud.
Dalam dialog iCloud untuk GarageBand, pilih projek yang anda mahu buka.
Klik Buka.
Import lagu GarageBand untuk iOS
Pilih Fail > iCloud > Import Lagu GarageBand untuk iOS.
Dalam dialog Import GarageBand untuk iOS, pilih lagu yang anda mahu import.
Klik Import.