Kongsi lagu Ke SoundCloud
Jika anda mempunyai akaun SoundCloud, anda boleh berkongsi lagu ke SoundCloud terus dari GarageBand. Anda boleh memilih kualiti dan tahap keterlihatan untuk lagu yang dikongsi, mengesetkan keizinan dan juga menghantar e-mel untuk memaklumkan pengguna lain bahawa lagu tersedia.
Kongsi lagu ke akaun SoundCloud anda
Pilih Kongsi > Lagu ke SoundCloud.
-
Jika anda tidak melog masuk ke akaun SoundCloud anda pada masa ini, masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda, kemudian klik Sambung.
Secara alternatif, anda boleh melog masuk ke akaun Facebook anda.
-
Dalam dialog Kongsi ke SoundCloud, lakukan perkara berikut:
Untuk mendaftar masuk ke akaun SoundCloud yang lain, klik Tukar, kemudian masukkan maklumat log masuk untuk akaun tersebut.
Untuk berkongsi fail audio, pilih Fail, klik Layari, kemudian layari ke lokasi fail tersebut.
Untuk berkongsi lagu semasa, pilih Lantun.
-
Masukkan tajuk, artis, komposer dan maklumat album untuk projek dalam medan teks masing-masing.
Lagu mesti mempunyai tajuk dalam medan Tajuk. Maklumat selebihnya adalah pilihan.
Petua: Anda juga boleh menambah tag ini dalam Keutamaan info saya.
Pilih paras kualiti untuk lagu dari menu timbul Kualiti.
Pilih paras keterlihatan untuk lagu dari menu timbul Keterlihatan.
Setkan keizinan muat turun dan penstriman untuk projek dalam seksyen keizinan.
-
Klik Kongsi.
Untuk kembali ke GarageBand tanpa berkongsi lagu, klik Batal.