Keutamaan lanjutan

Anak tetingkap Lanjutan mengandungi keutamaan berikut:

Rajah. Keutamaan lanjutan.
  • Resolusi Rakaman Audio: Kotak semak 24 Bit: Apabila dipilih (lalai), GarageBand boleh merakam fail 24 bit. Apabila dinyahpilih, rakaman audio menggunakan resolusi 16 bit.

  • Penormalan Auto: Kotak semak Eksport projek pada kelantangan penuh: Apabila dipilih (lalai), GarageBand mengeksport projek pada kelantangan optimum secara automatik—iaitu, paras kelantangan tertinggi yang herotan tidak berlaku. Ini tidak mempengaruhi paras kelantangan apabila anda memainkan projek dalam GarageBand—hanya apabila anda mengeksport projek.

  • Butang Resolusi Imej Kecil Filem: Membolehkan anda memilih antara resolusi tinggi (lalai) atau rendah untuk imej kecil filem dalam trek Filem.