Keutamaan gelung

Anak tetingkap Gelung mengandungi keutamaan berikut:

Rajah. Keutamaan gelung.
  • Pelayaran Kata Kunci: Kotak semak Tapis untuk hasil yang lebih berkaitan: Apabila dipilih, hanya gelung dalam kunci yang hampir dengan kunci projek muncul dalam Pelayar Gelung. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Cari Apple Loops.

  • Tataletak kata kunci: Butang reset: Mereset butang kata kunci dalam Pelayar Gelung kembali ke kedudukan asalnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sesuaikan Pelayar Gelung.

  • Pelayar Gelung: Memaparkan tempo asal dan kotak semak kunci: Apabila dipilih, lajur Tempo dan Kunci muncul dalam Pelayar Gelung. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sesuaikan Pelayar Gelung.