Import fail audio dan MIDI

Anda boleh mengimport fail audio dari jenis berikut ke dalam projekGarageBand: AIFF, CAF, WAV, AAC (kecuali fail AAC yang dilindungi), Apple Lossless dan MP3.

Anda juga boleh mengimport fail MIDI ke dalam projekGarageBand. MIDI ialah format fail standard untuk alat sintesis dan instrumen muzik elektronik lain. Fail MIDI tidak mengandungi bunyi yang dirakam, namun mengandungi data yang boleh digunakan instrumen elektronik untuk menghasilkan muzik. Fail MIDI tersedia dalam talian dan juga boleh dieksport oleh banyak aplikasi perisian muzik popular.

Import fail audio

  • Seret fail audio yang anda mahu import dari Finder ke trek audio atau ke kawasan kosong di bawah trek sedia ada dalam kawasan Trek.

    Fail audio muncul pada trek.

Import fail MIDI

  • Seret fail MIDI yang anda mahu import dari Finder ke trek instrumen perisian atau ke kawasan kosong di bawah trek sedia ada dalam kawasan Trek.

    Fail MIDI muncul pada satu atau lebih trek instrumen perisian. Anda boleh memilih instrumen perisian yang digunakan untuk memainkan fail MIDI dalam Pustaka.