Cipta gelung Apple Loops anda sendiri

Anda boleh mencipta Apple Loops dari rakaman audio dan instrumen perisian anda sendiri. Apabila anda mencipta Apple Loops dari rantau, ia ditambah pada pustaka gelung dan muncul dalam Pelayar Gelung, agar anda boleh menggunakannya dalam projek lain.

Mungkin terdapat masa lain apabila anda perlu mengindeks semula pustaka Pengguna Apple Loops anda—selepas anda mengalihkan gelung dari folder Gelung Pengguna ke cakera keras lain, contohnya.

Cipta Apple Loops

  1. Seret rantau audio atau instrumen perisian ke kawasan Trek ke Pelayar Gelung.

  2. Dalam dialog Tambah Rantau pada Pustaka Apple Loops, pilih teks dalam medan nama dan masukkan nama baru.

    Rajah. Dialog Tambah Rantau pada Pustaka Apple Loops.
  3. Pilih jenis skala untuk gelung dari menu timbul Skala.

  4. Pilih genre muzik untuk gelung dari menu timbul Genre.

  5. Pilih kategori instrumen dari lajur kiri pada senarai pemerihal Instrumen, kemudian pilih instrumen dari lajur kanan.

  6. Klik butang mood yang muat pada gelung untuk menambah pemerihal mood untuk carian mudah.

  7. Apabila anda selesai, klik Cipta.

Gelung ditambah pada Pelayar Gelung dan pada indeks gelung. Anda boleh mencarinya dengan menggunakan butang kata kunci atau menu atau dengan memasukkan nama dalam medan carian di bahagian bawah Pelayar Gelung dan menekan Return.

Indeks semula pustaka pengguna Apple Loops

  • Klik Gelung di bahagian atas Pelayar Gelung, kemudian pilih Indeks Semula Semua Gelung dari menu timbul.