Gambaran keseluruhan media prarakam

GarageBand disertakan dengan koleksi besar gelung yang diprarakam, yang menawarkan titik mula yang hebat untuk kebanyakan projek anda. Anda boleh mula mengubah lagu dengan menyeret Apple Loops dari Pelayar Gelung ke kawasan Trek. Anda juga boleh menggunakan Pelayar Media untuk mengimport lagu, filem dan pelbagai media prarakam lain ke dalam projek anda. Menggabungkan gelung sedia ada dengan fail media lain memberikan kaedah pantas untuk mewujudkan asas projek.

Rajah. Paparan sebelah menyebelah Pelayar Gelung dan Pelayar Media.