Gunakan kawasan EQ
Tampalan GarageBand termasuk kesan EQ (penyama) yang sangat berguna untuk mengoptimumkan bunyi trek dan projek anda. Kesan EQ termasuk ciri-ciri berikut:
Lapan jalur EQ bebas dari rendah (bes) hingga tinggi (trebel)
Praset yang dioptimumkan untuk penggunaan berlainan dan untuk instrumen tertentu
Penganalisis yang membolehkan anda melihat frekuensi trek semasa ia dimainkan, agar anda boleh memutuskan frekuensi untuk digalakkan atau dipotong
Tunjukkan kesan EQ
Klik butang Kawalan Pintar dalam bar kawalan untuk membuka anak tetingkap Kawalan Pintar.
-
Klik butang EQ dalam bar menu Kawalan Pintar.
Jika tampalan belum mengandungi plugin EQ, plugin akan ditambah selepas plugin terakhir dalam tampalan.
EQ muncul dalam anak tetingkap Kawalan Pintar. Di pusat ialah paparan EQ grafik. Merentas bahagian atas ialah simbol yang mengenalpasti setiap jaluran EQ. Di bahagian bawah ialah butang Penganalisis dan paparan angka bagi Frekuensi (Frek), Peningkatan/Cerun dan Q (resonans) untuk jalur EQ yang dipilih.
Nota: Anda boleh menggunakan lebih daripada satu kesan EQ dalam tampalan, sama ada dengan menambah EQ lain atau dengan menukar plugin kesan sedia ada kepada EQ. Apabila tampalan mempunyai lebih daripada satu EQ, hanya yang pertama (tertinggi) muncul dalam anak tetingkap EQ Kawalan Pintar apabila anda mengklik butang EQ. Anda boleh membuka EQ lain dalam tetingkap plugin berasingan.
Laraskan seting EQ
-
Untuk melaraskan jalur EQ secara grafik: Klik jalur EQ untuk mengaktifkannya, kemudian seret titik kawalan untuk jalur tersebut ke atas atau bawah untuk menaikkan atau menurunkan paras jalur tersebut. Seret ke kiri atau kanan untuk menukar frekuensi jalur tersebut.
Paparan grafik menunjukkan perubahan anda secara visual.
Untuk melaraskan jalur EQ secara numerik: Klik jalur EQ untuk mengaktifkannya, kemudian seret nombor Frek, Peningkatan/Cerun atau Q ke atas atau bawah. Anda juga boleh mendwiklik nombor dan memasukkan nilai baru.
Untuk melaraskan peningkatan keseluruhan: Seret pemegang Peningkatan di sebelah kanan paparan EQ.
Untuk menyahaktifkan kesan EQ: Klik butang Pemeriksa kemudian klik butang Kuasa dalam pemeriksa Kawalan Pintar.
Gunakan praset EQ
Untuk memilih praset: Klik butang Pemeriksa kemudian pilih praset dari menu timbul Praset dalam pemeriksa Kawalan Pintar.
Untuk menyimpan praset tersuai: Klik butang Pemeriksa , pilih Simpan Sebagai dari menu timbul Praset dalam pemeriksa Kawalan Pintar, taipkan nama untuk praset, kemudian klik Simpan.
Gunakan Penganalisis
-
Untuk menggunakan Penganalisis: Tekan butang Penganalisis, kemudian mainkan projek.
Semasa projek dimainkan, lengkung frekuensi untuk trek muncul dalam kawasan paparan grafik pada tetingkap EQ, yang menunjukkan frekuensi yang lebih kuat atau lebih lembut. Anda boleh melaraskan jalur EQ dalam paparan grafik semasa anda melihat lengkung frekuensi.
Untuk menyahaktifkan Penganalisis: Klik butang Penganalisis sekali lagi.
Pastikan untuk menyahaktifkan Penganalisis apabila anda tidak menggunakannya. Semasa tetingkap EQ kelihatan, Penganalisis menggunakan kuasa pemprosesan tambahan.
Anda boleh menggunakan kesan EQ pada trek induk untuk membentuk bunyi projek keseluruhan dan pada trek individu.