Gunakan Arpeggiator

Anda boleh menggunakan Arpeggiator pada trek instrumen perisian. Pada masa anda mengaktifkan Arpeggiator, kord yang anda mainkan pada keyboard dimainkan secara arpeggio, atau dimainkan satu not pada satu-satu masa dan bukannya secara serentak.

Selepas anda mengaktifkan Arpeggiator, menu timbul Arpeggiator muncul dalam bar menu. Anda boleh memilih praset Arpeggiator dan melaraskan seting Arpeggiator, termasuk tertib not, julat not dan julat oktaf dari menu timbul Arpeggiator.

Aktifkan Arpeggiator

  • Klik butang Arpeggiator Butang Arpeggiator dalam bar menu Kawalan Pintar.

    Menu timbul Arpeggiator muncul dalam bar menu.

Pilih praset Arpeggiator

  • Pilih praset dari menu timbul Arpeggiator dalam bar menu Kawalan Pintar.

    Rajah. Arpeggiator Kawalan Pintar

Laraskan seting Arpeggiator

Dalam menu timbul Arpeggiator, lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Ketik Tertib Not, kemudian pilih arah not yang diarpeggiator dari submenu.

  • Pilih Kadar, kemudian pilih nilai not untuk not yang diarpeggiator, berdasarkan tempo lagu.

  • Pilih Julat Oktaf, kemudian pilih bilangan oktaf yang dilitupi oleh arpeggio.