Cipta model amp bes tersuai
Anda boleh mencipta model amp bes anda sendiri menggunakan menu timbul Amp dan Kabinet, yang terletak di bahagian bawah tetingkap Pereka Bentuk Amp Bes. Selepas memilih amp dan kabinet, anda boleh memilih dan meletakkan mikrofon, menggunakan kawalan amp bes dan melaraskan kesan amp bes untuk menyesuaikan lagi bunyi.
Nota: Selepas anda mencipta model amp tersuai anda sendiri, anda boleh menyimpannya sebagai tampalan tersuai dalam Pustaka.
Pilih amplifier bes
Pilih amplifier dari menu timbul Amp dalam bar hitam di bahagian bawah tetingkap plugin Pereka Bentuk Amp Bes. Lihat Pilih model amp bes untuk perihalan ringkas mengenai setiap amplifier.
Pilih kabinet bes
Kabinet yang anda pilih boleh mempunyai impak yang besar pada perwatakan bunyi gitar bes. Pasangan amplifier dan kabinet tertentu telah menjadi popular selama berdekad lamanya namun anda juga boleh mencuba gabungan baru untuk mencipta nada berbunyi segar. Pereka Bentuk Amp Bes membolehkan anda memilih perpasangan klasik atau percubaan dengan gabungan amplifier dan kabinet yang berlainan.
-
Pilih kabinet dari menu timbul Kabinet dalam bar hitam di bahagian bawah tetingkap plugin Pereka Bentuk Amp Bes.
Kabinet Moden 15": Menampilkan speaker 15 inci, reka bentuk tertutup belakang. Nada penuh yang sangat dalam.
Kabinet Moden 10": Menampilkan speaker 10 inci, reka bentuk tertutup belakang. Nada yang rancak.
Kabinet Moden 6": Menampilkan speaker 6 inci, reka bentuk tertutup belakang.
Kabinet Klasik 8 X 10": Menampilkan lapan speaker 10 inci, reka bentuk tertutup belakang.
Kabinet Buka Atas 1 X 15": Menampilkan speaker 15 inci, reka bentuk tertutup belakang.
3 Hala Moden: Menampilkan speaker 15 inci, 10 inci dan 6 inci. Anda boleh mengalihkan mikrofon secara menegak dan boleh menempatkannya 20, 30 atau 40 cm dari kabinet.
Terus (PowerAmp Keluar): Memberikan isyarat terus dari pentas kuasa bagi amplifier yang diemulasi dengan kabinet dan mikrofon dikeluarkan daripada laluan isyarat.
Terus (PreAmp Keluar): Memberikan isyarat terus dari pentas praamplifier bagi amplifier yang diemulasi dengan kabinet, mikrofon dan amp kuasa dikeluarkan daripada laluan isyarat.