Gambaran keseluruhan Kawalan Pintar

Kawalan Pintar membolehkan anda mengawal bunyi trek yang dipilih menggunakan set kawalan atas skrin. Kawalan Pintar boleh mengawal kedua-dua instrumen perisian (pada trek instrumen perisian) dan kesan (pada audio, instrumen perisian dan trek Drummer).

Setiap Kawalan Pintar mempunyai satu set kawalan skrin. Melaraskan satu kawalan skrin boleh menukar satu atau lebih aspek bunyi. Kawalan skrin dilabelkan untuk membantu anda memahami aspek bunyi yang dikawal oleh setiap satu kawalan.

Kawalan Pintar lazimnya termasuk EQ atau kawalan nada, talun dan kawalan kesan lain dan kawalan yang khusus pada jenis trek atau instrumen. Contohnya, Kawalan Pintar untuk alat sintesis mungkin termasuk kawalan skrin bagi memilih bentuk gelombang dan melaraskan penggalan resonans serta penapis, manakala untuk instrumen tali mungkin termasuk kawalan bagi menukar artikulasi.

Apabila anda merakam instrumen perisian, sebarang pergerakan kawalan skrin juga akan dirakam dan boleh diedit dalam Editor Lembaran Piano. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Edit maklumat pengawal dengan Lukis MIDI.

Untuk bekerja dengan Kawalan Pintar, anda perlu membuka anak tetingkap Kawalan Pintar.

Rajah. Anak tetingkap Kawalan Pintar terbuka, menunjukkan kawalan skrin dan bar menu

Buka anak tetingkap Kawalan Pintar

  • Pilih trek, kemudian klik butang Kawalan Pintar Butang Kawalan Pintar dalam bar kawalan.

Untuk trek audio, anda boleh mengesetkan paras rakaman dan sumber input dan membuka Pereka Bentuk Amp, Pereka Bentuk Amp Bes dan plugin Papan Pedal dalam anak tetingkap Kawalan Pintar. Untuk trek instrumen perisian, anda boleh mengesetkan kesensitifan keyboard dan menggunakan Arpeggiator. Untuk kedua-dua jenis trek, anda boleh menggunakan kesan EQ dan menambah dan bekerja dengan plugin Unit Audio yang dipasang pada komputer anda.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan kesan, lihat Tambah dan edit plugin kesan.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan kesan EQ, lihat Gunakan kawasan EQ.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Pereka Bentuk Amp dan plugin Papan Pedal, lihat Gambaran keseluruhan amp dan pedal.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan Arpeggiator, lihat Gunakan Arpeggiator.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai mengesetkan sumber input dan mengaktifkan pemantauan untuk trek audio, lihat Sambungkan mikrofon dan Sambungkan gitar elektrik.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai kesensitifan keyboard, lihat Mainkan instrumen perisian.