Glosari

amp ialah Singkatan untuk amplifier, terutamanya amplifier gitar elektrik. Dua jenis amp gitar ialah kombo dan tindanan. GarageBand merangkumi pelbagai model amp yang mensimulasikan bunyi amplifier gitar terkenal.

Apple Loops Fail audio prarakam (sama ada rantau audio atau MIDI) yang boleh dianjak pic atau tempo dan yang direka untuk dimainkan secara berulang. GarageBand termasuk pustaka besar Apple Loops yang boleh anda tambah pada projek anda. Anda boleh mencari dan mempratonton gelung dalam Pelayar Gelung, kemudian menambah yang anda mahukan dalam kawasan Trek pada projek anda. Turut lihat gelung.

rantau susunan Segmen segi empat sepanjang lapan bar yang boleh anda tambah pada projek untuk mencipta seksyen berlainan, seperti intro, rangkap dan korus. Anda kemudian boleh mengalihkan seksyen dalam kawasan trek untuk menyusun semula projek dengan cepat. Rantau susunan berguna khususnya apabila anda telah menambah beberapa bahan (rakaman atau gelung) pada projek dan mahu mencuba susunan berlainan.

audio Bunyi, terutama bunyi yang direkodkan atau dipindahkan kepada isyarat elektrik. Dalam GarageBand, rakaman dari mikrofon atau instrumen muzik elektrik muncul sebagai rantau audio dalam kawasan Trek.

antara muka audio Peranti yang digunakan untuk menyalurkan bunyi ke dalam dan keluar dari komputer anda. Antara muka audio menukar isyarat analog (contohnya, dari mikrofon atau instrumen muzik) kepada data audio digital yang boleh diproses oleh komputer anda dan dalam arah lain, menukar data audio digital dari komputer anda menjadi isyarat analog yang boleh disiarkan oleh speaker.

Unit Audio (AU) Format standard OS X untuk plugin masa nyata. Plugin Unit Audio boleh digunakan untuk kesan audio, instrumen perisian dan penjana. Format AU disepadukan ke dalam sistem pengendalian dan semua program yang berkenaan boleh mengakses plugin AU yang dipasang. GarageBand menyokong semua plugin format AU.

automasi Ciri yang membolehkan anda mencipta perubahan lama kelamaan dalam projek. GarageBand termasuk lengkung automasi untuk setiap trek, termasuk trek induk. Anda boleh mengautomasikan kelantangan, sorot, tempo dan seting lain dengan menambah titik automasi pada lengkung automasi dan kemudian menyeret titik automasi bagi menukar nilai seting lama kelamaan.

bar Sekumpulan rentak biasa, yang didengari bersama sebagai denyutan berirama lebih besar pada satu bahagian muzik. Tanda masa sebuah projek menunjukkan bilangan rentak dalam setiap bar, dan nilai not setiap rentak. Dalam notasi muzik, garisan menegak mengasingkan bar muzik.

rentak Denyut berirama tetap yang berulang-ulang dalam muzik. Tanda masa sebuah projek menunjukkan bilangan rentak dalam setiap bar, dan nilai not setiap rentak. Turut lihat bar.

bpm Singkatan untuk rentak per minit. Bpm digunakan untuk menunjukkan tempoh muzik. Turut lihat tempo.

kord Set not yang dimainkan bersama. Kord boleh jadi major atau minor dan juga boleh mempunyai not ketujuh (7) atau lain-lain not yang ditambah. Apabila anda memainkan kord pada trek instrumen perisian, nama kord muncul dalam LCD.

korus (1) Seksyen lagu yang biasanya diulang antara rangkap. (2) Kesan yang digunakan untuk mencipta bunyi beberapa suara atau instrumen yang sedang dimainkan bersama dengan mengulang bunyi dan mengubah-ubah sedikit pemasaan ulangan.

klav Singkatan untuk klavikord, sebuah instrumen muzik. Bunyi klavikord terhasil dengan memetik—berbanding memukul—tali. Bunyinya lebih hampir kepada gitar berbanding piano. GarageBand termasuk pelbagai bunyi klav instrumen perisian.

penggal, penggalan Merujuk pada herotan bunyi, yang disebabkan oleh paras kelantangan yang melebihi paras maksimum yang boleh dihasilkan semula dengan jelas oleh speaker atau peralatan lain. Meter paras trek (terletak dalam pengepala trek) bernyala merah apabila penggalan berlaku pada trek.

pemampat Kesan yang melicinkan perbezaan antara bahagian paling kuat dan paling lembut lagu atau trek untuk menghasilkan bunyi yang lebih sekata. Pemampatan boleh membuatkan trek berbunyi lebih terfokus atau "berkesan" dan menjadikan lagu berbunyi lebih baik apabila dimainkan pada peralatan dengan julat dinamik sempit. GarageBand termasuk pemampat pada setiap trek instrumen dan trek induk.

bar kawalan Alat mendatar di atas kawasan trek yang termasuk set kawalan yang boleh anda gunakan untuk menunjukkan dan menyembunyikan bahagian GarageBand, mengawal main balik, menukar seting projek dan menjalankan fungsi lain. Tetingkap Belajar Bermain mempunyai bar kawalan sendiri, dengan kawalan yang boleh anda gunakan semasa mengambil pelajaran. Untuk maklumat lanjut, lihat Tetingkap GarageBand.

Audio Teras Sistem pemacu audio standard untuk semua komputer Macintosh yang menjalankan Mac OS X. Audio Teras ialah bahagian bersepadu OS X, yang membenarkan akses kepada semua antara muka audio yang serasi dengan Audio Teras. GarageBand serasi dengan perkakasan audio yang mematuhi Audio Teras.

MIDI Teras Sistem pemacu MIDI standard untuk semua komputer Mac yang menjalankan Mac OS X. MIDI Teras ialah bahagian bersepadu OS X, supaya anda boleh menyambungkan sebarang peranti MIDI yang serasi dengan MIDI Teras. GarageBand serasi dengan sebarang perkakasan MIDI yang mematuhi MIDI Teras.

kiraan masuk Istilah untuk beberapa rentak metronom yang berbunyi sebelum permulaan rakaman (atau main balik), lazimnya untuk satu bar. Menggunakan kiraan masuk boleh membantu anda bersedia untuk merakam mengikut masa dengan tempo projek. Bar kawalan menampilkan butang Kiraan Masuk Butang Kira masuk untuk mengawal kiraan masuk.

rantau kitaran Rantau boleh didefinisikan yang anda gunakan untuk merakam di atas bahagian khusus projek, untuk merakam berbilang babak. Untuk menentukan bahagian projek yang anda mahu rakam di atasnya, anda boleh mengaktifkan rantau kitaran dan kemudian menyeret hujung rantau kitaran ke dalam kawasan di bawah pembaris. Semasa anda merakam dan memainkan projek, penunjuk main kembali ke titik mula rantau kitaran setiap kali ia mencapai hujung rantau.

desibel (dB) Cara untuk mengukur kelantangan atau kekuatan bunyi. Pada skala desibel scale, 1 dB adalah lebih kurang perubahan paling kecil dalam kelantangan yang boleh dikesan oleh telinga manusia.

herotan (1) Bunyi yang kasar atau tajam, biasanya dihasilkan apabila paras kelantangan melebihi paras yang boleh dihasilkan semula dengan jelas oleh instrumen bunyi. (2) Kesan yang digunakan untuk membuatkan bunyi lebih kasar dan lebih kuat, serupa dengan pemacu lebih.

Drummer Ciri dalam GarageBand yang membolehkan anda menambah drummer maya pada projek anda, menggunakan trek Drummer. Anda boleh mengedit persembahan drummer dalam Editor Drummer.

Editor Drummer Editor dalam GarageBand yang membolehkan anda mengubahsuai gaya main drummer maya dengan memilih praset dan melaraskan seting individu, termasuk variasi corak bahagian kit dan seting isian.

dinamik (1) Perbezaan antara paras kelantangan terendah dan tertinggi bagi bunyi atau trek, kadangkala dipanggil julat dinamik. (2) Perubahan yang berlaku dalam masa.

gema Kesan bunyi yang berulang kali dimainkan semula dalam masa singkat selepas bunyi asal, mewujudkan rasa bunyi yang berlaku di dalam ruang yang besar. Kadangkala dipanggil tunda.

editor Kawasan GarageBand yang memberikan anda pandangan dekat bahagian trek dalam kawasan Trek. Anda boleh mengedit rantau dari rakaman dan Apple Loops dalam editor, yang terletak di bawah kawasan Trek. Apa yang dipaparkan oleh editor, dan jenis edit yang boleh anda buat, bergantung pada jenis trek yang dipilih—trek audio atau trek instrumen perisian.

kesan Algoritma komputer (atau peranti perkakasan) yang mengubah bunyi trek atau instrumen. Muzik popular sering menggunakan kesan untuk menambah perwatakan pada bunyi yang berlainan. GarageBand termasuk pelbagai kesan berkualiti profesional seperti pemampat, penyama (EQ), gema dan kesan talun.

EQ Singkatan untuk penyama atau penyamaan. EQ ialah kesan yang digunakan meluas yang membolehkan anda membentuk frekuensi khusus bunyi. Anda boleh menggunakan EQ untuk perubahan kecil dan dramatik pada trek atau lagu.

pudar keluar Pudar keluar dicipta dengan mengurangkan kelantangan trek atau lagu secara beransur-ansur sehingga senyap, lazimnya di penghujung lagu. Dalam GarageBand, anda boleh menambah pudar keluar automatik pada trek atau menambah pudar masuk atau keluar manual dalam lengkung automasi Kelantangan trek.

penapis Kesan yang membolehkan frekuensi tertentu bunyi berlalu semasa menyekat ("penapisan") atau merosotkan bunyi lain. GarageBand termasuk pelbagai penapis EQ dan juga kesan Penapis Auto.

flanger Kesan yang menebalkan bunyi dengan memainkannya berulang kali, dengan perulangan berlainan yang sedikit di luar nada daripada asal. GarageBand termasuk kesan Flanger dan juga kesan stompbox flanger untuk trek Gitar Elektrik.

Masa Flex Satu cara untuk mengedit pemasaan not dan rentak dalam rantau audio menggunakan penanda flex. Dalam Editor Audio, anda menambah penanda flex pada titik tertentu bentuk gelombang yang anda mahu edit. Mengklik puncak dalam bentuk gelombang (dipanggil transien) menambah penanda flex yang anda boleh gunakan untuk mengalihkan bahagian bentuk gelombang tersebut agar ia sejajar dengan rentak atau dengan peristiwa pada trek lain. Penanda flex turut ditambah sebelum dan selepas transien. Selepas menambah penanda flex pada rantau audio, anda menggunakannya untuk meregangkan masa—memampat atau mengembangkan—bahan audio.

fuzz Jenis herotan kuat yang lazimnya digunakan pada trek Gitar Elektrik untuk membuatkannya berbunyi lebih tebal dan kasar. GarageBand termasuk kesan stompbox Fuzz Machine yang boleh anda gunakan dalam trek Gitar Elektrik.

peningkatan Serupa dengan kelantangan, namun lebuh khusus merujuk pada peningkatan dalam paras isyarat audio elektronik. Anda boleh melaraskan peningkatan pada amp dalam trek Gitar Elektrik untuk menjadikan bunyi lebih ringan dan jelas atau lebih kuat dan lebih terherot.

grid Alat yang boleh anda gunakan untuk menjajarkan item dalam kawasan Trek dan editor dengan bar dan rentak dalam pembaris. Apabila anda mengaktifkan grid, tindakan berikut melekat pada kedudukan grid paling dengan dalam kawasan Trek: menyeret gelung, mengalihkan dan mensaiz semula rantau, mengalihkan kepala main, melaraskan rantau kitaran dan mengalihkan titik automasi.

trek groove Trek yang anda setkan agar sepadan (selaras) dengan pemasaan trek lain dalam projek. Apabila anda memainkan projek, trek lain melaraskan pemasaannya agar sepadan dengan pemasaan trek groove. Hanya satu trek dalam projek boleh menjadi trek groove.

sumber input Seting yang perlu anda pilih dalam GarageBand untuk mendengar bunyi dari mikrofon, gitar elektrik atau instrumen elektrik lain dalam GarageBand. Anda boleh mengesetkan sumber input apabila anda menambah trek audio.

intro Singkatan untuk pengenalan. Bahagian permulaan lagu, biasanya dimainkan sehingga permulaan rangkap pertama.

kunci Istilah muzik untuk skala (siri not) yang bermula pada not atau pic tertentu. Not tersebut dipanggil akar atau tonik pada skala. Dalam GarageBand, anda boleh mengesetkan kunci apabila anda mencipta projek baru dan menukarnya dalam LCD semasa anda bekerja pada projek.

LCD Singkatan untuk paparan kristal cecair. LCD terletak di bahagian tengah bar kawalan di atas kawasan Trek. Ia menunjukkan kedudukan semasa penunjuk main dan oleh menunjukkan tempo, kunci dan tandatangan masa projek. Bergantung pada mod LCD yang anda pilih, anda boleh mengawal aspek berlainan projek.

Pustaka Kawasan dalam GarageBand, yang terletak di sebelah kiri kawasan Trek, yang anda boleh lihat dan pilih tampalan untuk trek yang dipilih. Turut lihat tampalan.

kunci (trek) Ciri yang boleh anda gunakan untuk mengelakkan perubahan tidak disengajakan berlaku. Semasa trek dikunci, anda tidak boleh merakam padanya atau mengedit atau mencipta rantau baru. Anda mengunci dan menyahkunci trek menggunakan butang Kunci Butang Kuncipada setiap pengepala trek.

gelung (1) Audio yang diprarakam atau rantau MIDI yang direka bentuk untuk dimainkan berulang kali. (2) Untuk menyalin atau menduplikasikan rantau agar ia berulang berbilang kali. Turut lihat Apple Loops.

Pelayar Gelung Kawasan dalam GarageBand yang anda boleh dengan cepat mencari gelung dengan instrumen, genre, dan perasaan yang anda mahukan, pratonton mereka, dan tambahkan kepada projek. Pelayar Gelung mempunyai dua paparan: paparan lajur dan paparan butang. Anda boleh menyesuaikan Pelayar Gelung agar sesuai dengan cara kerja anda. Apabila anda membuka Pelayar Gelung, ia muncul di sebelah kanan kawasan Trek.

trek induk Trek yang mengawal bunyi keseluruhan projek. Anda boleh memaparkan trek induk dalam kawasan Trek dan mengedit kelantangan induk, pic dan lengkung automasi tempo dalam trek induk. Anda boleh menambah dan mengedit kesan untuk trek induk dalam tab Trek Induk pada anak tetingkap Kawalan Pintar.

Pelayar Media Kawasan GarageBand yang boleh anda gunakan untuk mengimport foto dari pustaka iPhoto, lagu dari pustaka iTunes anda dan filem dari folder Filem anda ke dalam projek GarageBand. Anda juga boleh mengimport projek GarageBand lain ke dalam projek semasa.

metronom Peranti yang menandakan selang masa yang tetap, seperti rentak muzik, dengan membunyikan klik. Dalam GarageBand, anda menggunakan metronom semasa merakam atau memainkan projek. Anda juga boleh mempunyai kiraan yang mula mengukur satu bar sebelum mula main balik.

MIDI Akronim untuk Antara Muka Digital Instrumen Muzik. Protokol standard yang digunakan untuk komunikasi antara instrumen muzik elektronik dan komputer. Anda boleh memainkan instrumen perisian dalam GarageBand menggunakan keyboard muzik USB atau keyboard serasi MIDI yang lain.

campur, pencampuran Untuk mengadunkan bahagian lagu bersama-sama menjadi satu bahagian sempurna. Anda mencampurkan lagu dengan melaraskan kelantangan relatif trek, menyorot trek ke bahagian berlainan medan stereo, menambah kesan dan membuat perubahan pada trek induk. Anda juga boleh menggunakan automasi untuk menukar campuran untuk bahagian berlainan lagu.

pantau, pemantauan Untuk mendengar instrumen atau mikrofon yang disambungkan ke input trek semasa anda memainkan dan merakam dalam GarageBand. Dalam sesetengah situasi, terutamanya ketika menggunakan speaker komputer anda bukannya fon kepala, anda mungkin mahu nyahaktifkan pemantauan bagi mengelakkan suap balas.

mono, monofonik Mikrofon atau instrumen muzik (seperti gitar elektrik) dengan output tunggal. Mikrofon atau instrumen muzik dengan output kiri dan kanan berbentuk stereo. Apabila anda memilih sumber input untuk mikrofon atau instrumen, anda perlu memilih sumber yang sepadan dengan format (mono atau stereo) bagi mikrofon atau instrumen.

Trek filem Trek yang memaparkan bingkai filem sebagai imej kecil. Bilangan bingkai yang dipaparkan bergantung pada paras zum bagi kawasan Trek. Semua bingkai dijajarkan ke kiri kecuali bingkai terakhir, yang dijajarkan ke kanan.

not Istilah muzik untuk pic atau frekuensi bunyi. Kebanyakan skala biasa, termasuk skala major dan minor, mempunyai 7 not, dari A hingga G. Skala kromatik mempunyai 12 not.

notasi Perwakilan visual bagi muzik, memaparkan not, rest, bar dan simbol muzik lain. Editor GarageBand mempunyai paparan skor yang anda boleh melihat trek instrumen perisian sebagai notasi muzik.

oktaf Not yang sama ada dua kali atau separuh pic not lain. Not dengan beza satu oktaf berbunyi serupa dan dianggap not pada skala yang sama (A, B, C, dan seterusnya). Terdapat 12 semiton di antara dua not selain oktaf

outro Bahagian akhir lagu, seringkali diulang berulang kali semasa bunyi pudar menjadi senyap.

pacuan berlebihan Kesan yang mensimulasikan bunyi amplifier tiub, dengan peningkatan dinaikkan untuk mencipta bunyi herotan unik. GarageBand termasuk kesan Pacuan Berlebihan yang boleh anda tambah pada sebarang trek dan juga kesan stompbox pacuan berlebihan yang boleh anda gunakan dalam trek Gitar Elektrik.

pan Singkatan untuk panorama. Kedudukan bunyi dalam medan stereo antara kiri dan kanan speaker. Kedudukan sorot trek membantu merasa arah mana datangnya bunyi. Anda boleh melaras kedudukan sorot trek instrumen menggunakan tombol Sorot dalam pengepala trek.

tampalan Elemen yang mengandungi seting instrumen, kesan dan penghalaan yang mengawal bunyi trek. Apabila anda memilih tampalan dalam Pustaka, seting tersebut akan digunakan pada trek yang dipilih pada masa ini. Turut lihat Pustaka.

phaser Kesan yang memainkan bunyi berulang kali, dengan perulangan dimainkan luar fasa daripada asal. Phaser mencipta bunyi “whooshing” unik, seperti bunyi jet terbang lintas. GarageBand termasuk kesan phaser dan juga kesan stompbox phaser untuk trek Gitar Elektrik.

pic Tanggapan ketinggian atau kerendahan bunyi. Dalam muzik, pic diungkapkan dalam bentuk not muzik. Secara saintifik, nada sepadan dengan frekuensi bunyi, biasanya dinyatakan dalam kitaran sesaat.

penunjuk main Garis lurus dalam kawasan Trek yang menunjukkan bahagian projek yang sedang dimainkan, atau tempat main semula bermula bila anda mengklik butang Main Butang Main. Penunjuk main diperluaskan dari atas hingga ke bawah skrin dalam kawasan Trek. Segi tiga di atas penunjuk main menunjukkan kedudukan semasa dalam pembaris.

Pemilih Projek Kawasan yang anda mencipta dan membuka projek GarageBand. Apabila anda membuka GarageBand, ia membuka kepada Pemilih Projek, agar anda boleh membuka projek terbaru dengan cepat atau mencipta projek baru dari templat. Anda boleh memilih jenis projek berlainan dalam Pemilih Projek. Anda juga boleh memilih dan membuka pelajaran Belajar Bermain dari Pemilih Projek dan melihat, mempratonton dan memuat turun pelajaran dari Kedai Pelajaran.

rantau Segmen segi empat dalam kawasan Trek yang mewakili rakaman, gelung dan fail media yang diimport. Setiap kali anda merakam instrumen atau menyeret gelung ke kawasan Trek, anda mencipta rantau yang mengandungi muzik yang anda rakamkan, atau muzik dalam gelung. Terdapat beberapa jenis rantau yang berbeza, yang berwarna berbeza dalam kawasan Trek. Anda boleh memilih rantau dalam kawasan Trek dan mengeditnya dalam pelbagai cara, termasuk menyalin, dan menampal, menggelung, mensaiz semula, memisahkan dan menyambung, mentransposisi dan menamakannya semula.

remix Untuk mencipta versi baru lagu dengan menambah atau mengeluarkan bahan, menukar kesan dan membuatkan pengeditan lain, agar versi baru berbeza.

talun Singkatan untuk talun. Kesan yang membuat semula bunyi dari ruang akustik yang berbeza dengan memainkan semula salinan bunyi pada sedikit perubahan masa dan paras kelantangan. Dalam GarageBand, setiap trek termasuk kesan Talun Induk dan anda anda boleh menambah kesan Talun Trek dengan seting berlainan.

pembaris Alat mendatar merentas bahagian atas kawasan Trek dan menunjukkan pembahagian masa dalam sama ada bar dan rentak atau minit dan saat.

skala Istilah muzik untuk sekumpulan not berkaitan yang membentuk asas kepada melodi, perkembangan kord, atau keseluruhan lagu. Skala yang paling biasa ialah skala major dan skala minor. Apabila anda setkan kunci untuk projek GarageBand, anda juga boleh mengesetkan sama ada ia menggunakan skala major atau minor.

kawalan skrin Kawalan yang anda gunakan untuk menukar aspek berlainan bunyi trek. Kawalan skrin dilabelkan untuk membantu anda memahami aspek bunyi yang dikawal oleh setiap satu kawalan. Lihat juga Kawalan Pintar.

semiton Jarak paling kecil atau selang antara dua not. Jarak lebih besar diukur dengan bilangan semiton. Terdapat 12 semiton antara setiap oktaf.

Kawalan Pintar Set kawalan atas skrin yang membolehkan anda mengawal bunyi trek yang dipilih dengan mudah. Kawalan Pintar boleh mengawal jaluran saluran dan parameter plugin, termasuk instrumen perisian dan kesan. Lihat juga kawalan skrin.

instrumen perisian Dalam GarageBand, rakaman dari keyboard USB atau MIDI dipanggil instrumen perisian. Apabila anda memainkan projek, komputer anda menjana bunyi untuk instrumen perisian dalam projek. GarageBand termasuk trek instrumen perisian, yang anda merakam dan mengedit rakaman serta gelung instrumen perisian. Rantau individu instrumen perisian dipanggil rantau MIDI.

stereo Mikrofon atau instrumen muzik dengan output kiri dan kanan. Mikrofon atau instrumen muzik dengan output tunggal ialah mono. Apabila anda memilih sumber input untuk mikrofon atau instrumen, anda perlu memilih sumber yang sepadan dengan format (mono atau stereo) bagi mikrofon atau instrumen.

stompbox Pedal kesan gitar yang boleh dengan cepat diaktifkan atau nyahaktifkan dengan menekan suis menggunakan kaki pemain gitar. Dalam GarageBand, setiap trek Gitar Elektrik termasuk set kesan stompbox yang boleh anda tambah dan edit.

TAB, tablatur Jenis notasi muzik yang menunjukkan pemain tempat untuk meletakkan jari mereka, contohnya pada fretboard gitar. Pelajaran gitar dalam GarageBand boleh menunjukkan not dan kord dalam TAB dan juga notasi standard.

babak Istilah untuk satu daripada siri rakaman untuk seksyen atau bahagian lagu. Pemuzik kerap merakam beberapa babak dalam jujukan dan kemudian memilih yang mereka paling suka atau mengedit bahagian terbaik dari setiap satu ke dalam rakaman komposit atau "komp". Menggunakan rantau kitaran, anda boleh merakam berbilang babak dan memilih babak yang anda mahu gunakan.

tempo Kelajuan atau kadar di mana rentak berirama berlaku dalam lagu, diukur dalam rentak seminit (bpm). Apabila anda mencipta projek baru, anda boleh mengesetkan tempo dalam Pemilih Projek.

tandatangan masa Istilah muzik yang menentukan cara masa muzik dibahagikan ke dalam bar dan rentak. Setiap projek GarageBand mempunyai tandatangan masa, yang mengandungi dua nombor dan kelihatan serupa dengan pecahan. Nombor pertama menunjukkan bilangan rentak dalam setiap bar dan nombor kedua menunjukkan nilai rentak (jenis not yang mendapat satu rentak).

pemasaan Kejituan yang not dan peristiwa muzik lain menjajarkan dengan bar dan rentak lagu atau dengan nilai not tertentu.

trek Bar mendatar dalam kawasan Trek yang anda gunakan untuk menyusun dan mengawal bunyi rakaman, gelung dan bahan lain dalam projek. Anda merakam persembahan anda pada trek dan menyusun rantau yang mewakili rakaman, gelung dan bahan lain dalam projek pada trek. Terdapat tiga jenis trek yang boleh anda gunakan dalam projek GarageBand: trek audio, trek instrumen perisian dan trek Gitar Elektrik.

pengepala trek Kawasan pada setiap trek yang menunjukkan nama trek dan ikon. Setiap pengepala trek juga mempunyai set kawalan yang boleh anda senyapkan, solo dan kunci trek; mengesetkan paras kelantangan dan menyorot kedudukan trek dan mengawal trek dalam cara lain.

Kawasan trek Bahagian utama tetingkap GarageBand. Kawasan Trek menunjukkan perwakilan visual masa bergerak dari kiri ke kanan. Anda membina projek dengan menambah gelung, rakaman dan bahan lain pada trek dalam kawasan trek. Setiap trek berjalan secara mendatar merentas kawasan Trek dari mula hingga tamat dan membolehkan anda menyusun dan mengawal bunyi instrumen dalam projek.

transpos, transposisi Untuk menukar pic rantau, trek atau projek supaya ia memainkan pada kunci yang berbeza. Anda boleh mentransposisikan rantau dalam trek menggunakan gelangsar Pic dalam editor dan boleh mentransposisikan semua atau sebahagian projek menggunakan lengkung automasi Pic Induk.

tala, penala Untuk melaraskan pasak penalaan di alatan hadapan gitar supaya ianya sepadan dengan piawaian rujukan nada (berdasarkan A = 440Hz). GarageBand merangkumi penala yang anda boleh gunakan untuk menala secara visual gitar anda ketika bekerja pada projek atau menjalani pelajaran.

kelajuan Ukuran kekuatan anda menekan setiap kekunci semasa anda memainkan keyboard USB (atau MIDI). Not instrumen perisian yang dimainkan pada halaju terendah, biasanya adalah lebih kuat atau serangan yang lebih kukuh.

kelantangan Dirasakan kenyaringan bunyi, diukur dalam desibel. GarageBand membolehkan anda mengawal kelantangan keseluruhan projek menggunakan gelangsar Kelantangan Induk dan mengawal kelantangan trek individu menggunakan gelangsar kelantangan dalam setiap pengepala trek.