Tambah not pada skor
Secara amnya, anda menambah not pada skor dengan merakam trek instrumen perisian seperti yang diterangkan dalam Rakam instrumen perisian.
Secara alternatifnya, anda boleh menambah not terus menggunakan penuding. Anda memilih nilai not untuk not yang ditambah dari menu timbul Masukkan dalam pemeriksa Editor Skor.
Tambah not menggunakan penuding
Pilih nilai not dari menu timbul Masukkan dalam pemeriksa Editor Skor tempatan, kemudian Command-clik pada titik yang anda mahu menambah not.
Anda juga boleh menambah tanda pedal dari menu timbul Masukkan. Pilih simbol Ped., kemudian Command-klik skor di titik yang anda mahu tambah simbol pedal bawah, kemudian seret simbol pedal atas ke titik yang anda mahu melepaskan pedal.