Gambaran keseluruhan Editor Skor
Editor Skor boleh memaparkan rantau MIDI pada trek instrumen perisian. Not, rehat dan peristiwa muzik lain dalam rantau MIDI pada trek dipaparkan dalam notasi muzik standard.
Buka Editor Skor
Lakukan salah satu daripada berikut:
Klik pengepala trek instrumen perisian, klik butang Editor dalam bar kawalan, kemudian klik Skor.
Pilih rantau MIDI dalam kawasan Trek, klik butang Editor dalam bar kawalan, kemudian klik Skor.
Tekan N.
Apabila satu atau lebih rantau dipilih, kawalan berikut muncul dalam pemeriksa Editor Skor (di sebelah kiri paparan skor):
Medan Nama Rantau: Edit nama bagi rantau yang dipilih.
Menu timbul Kuantum Masa (dengan gelangsar Kekuatan): Kuantumkan pemasaan not dalam rantau yang dipilih.
Gelangsar transposisi: Tukar pic bagi not dalam rantau yang dipilih.
Apabila not individu dalam rantau dipilih, kawalan berikut muncul dalam pemeriksa Editor Skor:
Menu timbul Masukkan: Pilih nilai not yang anda mahu masukkan.
Menu timbul Kuantum Masa: Kuantumkan pemasaan not yang dipilih.
Gelangsar kelajuan: Tukar nilai kelajuan not yang dipilih:
Selain itu, menu timbul Grid muncul dalam bar menu Editor Skor, agar anda boleh mengesetkan pengkuantuman visual not dalam Editor Skor, bebas daripada nilai Kuantum Masanya.