Edit maklumat pengawal dengan Lukis MIDI

Selain daripada mengedit not dalam Editor Lembaran Piano, anda boleh menggunakan Lukis MIDI untuk mengedit peristiwa pengawal rantau MIDI atau Rakaman Kawalan Pintar. Banyak keyboard muzik termasuk kawalan untuk lengkung pic dan modulasi. Lengkung pic dan kawalan modulasi seringkali ialah roda, yang ditempatkan di sebelah kiri kunci terendah pada keyboard. Sesetengah keyboard turut membolehkan anda menyambungkan pedal pengekalan atau pengawal kaki.

Semasa anda bermain, anda boleh menggerakkan kawalan ini untuk menambah perasaan dan perwatakan pada muzik anda. Anda boleh melihat dan mengedit pergerakan ini dan pengawal MIDI lain dalam Editor Lembaran Piano. Lukis MIDI boleh menunjukkan maklumat pengawal untuk Kelantangan, Sorot, Modulasi, Kawalan Kaki, Ungkapan, Kekal, atau Lengkung Pic. Kawalan Pintar lazimnya termasuk EQ atau kawalan nada, talun dan kawalan kesan lain dan kawalan yang khusus pada jenis trek atau instrumen.

Lukis MIDI berfungsi dalam cara yang sama seperti automasi trek, dengan beberapa perbezaan utama. Lukis MIDI terhad kepada rantau MIDI. Ia menggunakan nilai pengawal MIDI, yang diwakili sebagai lengkung antara titik automasi. Mengedit titik dan lengkung automasi adalah serupa dengan mengedit automasi trek.

Aktifkan Lukis MIDI

  • Klik butang Lukis MIDI dalam bar menu Editor Lembaran Piano.

    Kawasan Lukis MIDI dipaparkan di bawah kawasan not. Anda boleh memilih peristiwa pengawal dan jenis Kawalan Pintar dari menu timbul Lukis MIDI di sebelah kiri kawasan Lukis MIDI.

    Rajah. Kawasan Lukis MIDI dalam Editor Lembaran Piano

Edit peristiwa pengawal

  1. Pilih jenis pengawal dari menu timbul Lukis MIDI.

    Rajah. Menu timbul Lukis MIDI yang menunjukkan jenis pengawal
  2. Seret titik automasi untuk mengubah nilainya bagi jenis pengawal yang dipilih.

Edit data automasi Kawalan Pintar

  1. Pilih jenis Kawalan Pintar dari menu timbul Lukis MIDI.

    Rajah. Menu timbul Lukis MIDI yang menunjukkan jenis Kawalan Pintar
  2. Seret titik automasi untuk mengubah nilainya bagi jenis Kawalan Pintar yang dipilih.

Saiz semula kawasan Lukis MIDI

  • Seret garis pembahagian antara kawasan Lukis MIDI dalam kawasan not Editor Lembaran Piano secara menegak.