Pilih praset drummer
Selepas memilih genre dan drummer, anda boleh memilih satu koleksi praset khusus drummer dalam Editor Drummer. Praset menawarkan cara cepat untuk melayari seting EditorDrummer berasaskan rantau yang dipratentukan, termasuk variasi corak bahagian kit dan seting isian.
Mainkan rantau yang dipilih menggunakan praset semasa
-
Klik butang Main dalam pembaris di bahagian atas editor.
Pilih praset berlainan
Klik praset di bahagian kiri editor.
Seting rantau di sebelah kanan editor dikemas kini untuk menunjukkan praset yang dipilih dan rantau yang dipilih dalam kawasan Trek dijana semula.