Transposisi rantau audio
Anda boleh mentransposisi rantau audio dalam Editor Audio. Rantau audio boleh ditransposisi ke atas atau bawah sehingga 12 semiton. Semiton ialah jarak terkecil antara dua not muzik. Not dengan nama yang sama mengulangi setiap 12 semiton, yang dipanggil oktaf.
Transposisi rantau audio yang dipilih
Dalam kawasan Trek, pilih rantau yang anda mahu betulkan.
Pastikan tab Rantau dipilih dalam pemeriksa Editor Audio.
-
Seret gelangsar Transposisi ke kiri atau kanan untuk mentransposisi rantau dalam semiton.