Edit rantau audio dalam Editor Audio
Anda boleh memotong atau menyalin rantau audio atau segmen rantau Editor Audio dan menampal salinan pada kedudukan masa berlainan.
Potong rantau audio
Pilih rantau, kemudian pilih Edit > Potong (atau tekan Padam).
Salin rantau audio
Lakukan salah satu daripada berikut:
-
Option-seret rantau.
Apabila anda Option-seret rantau audio agar ia menindih rantau lain, bahagian bertindih pada rantau akan dipotong.
Pilih rantau, kemudian pilih Edit > Salin.
Tampal rantau audio
Letakkan penunjuk main di titik yang anda mahu menampak rantau, kemudian pilih Edit > Tampal.
Alihkan rantau audio
Seret rantau secara mendatar.
Apabila anda mengalihkan rantau audio agar ia menindih rantau lain, bahagian bertindih pada rantau akan dipotong.
Pisahkan bahagian rantau audio
-
Letakkan penuding ke atas bahagian bawah rantau.
Penuding bertukar menjadi penuding Marquee.
-
Seret penuding Marquee ke atas bahagian rantau yang anda mahu pisahkan.
Bahagian rantau yang digariskan oleh penuding Marquee akan dipisahkan. Anda boleh menekan Padam untuk memadamkannya atau menggerakkan penuding ke atas bahagian atas rantau, kemudian menyeret bahagian terpisah ke kedudukan lain.
Pangkas rantau audio
-
Letakkan penuding ke pinggir kiri bawah atau kanan bawah rantau.
Penuding bertukar menjadi penuding Pangkas.
-
Seret penuding ke atas bahagian rantau yang anda mahu pangkas. Semasa anda memangkas, tag bantuan dipaparkan untuk menunjukkan panjang rantau dan amaun yang dipangkas.