Tempatkan item menggunakan pembaris
Pembaris berjalan secara mendatar merentas bahagian atas kawasan Trek. Untuk projek yang disetkan untuk menggunakan grid muzik, pembaris menunjukkan format masa dalam bar dan rentak; untuk projek yang tidak menggunakan grid muzik, pembaris menunjukkan format masa standard dalam minit dan saat.
Semasa projek dimainkan, anda boleh melihat bahagian yang sedang dimainkan dengan memerhatikan penunjuk main bergerak merentas kawasan Trek. Apabila anda mengalihkan penunjuk main atau mengalihkan rantau atau item lain dalam kawasan Trek, anda boleh menggunakan pembaris untuk meletakkannya pada titik yang betul dalam masa. Panduan penjajaran muncul apabila anda mengalihkan rantau dan item lain untuk membantu anda menjajarkannya dengan item lain dalam kawasan Trek.
Unit yang ditunjukkan dalam pembaris menggambarkan nilai grid kawasan Trek Untuk maklumat mengenai melekat item pada grid, lihat Lekatkan item pada grid.