Rantau gelung dalam kawasan Trek

Anda boleh menggelungkan rantau agar ia dimainkan berulang kali dan melanjutkannya bagi mengisi sebarang amaun masa muzik dalam kawasan Trek. Apabila anda memainkan projek, rantau berulang bilangan kali yang anda telah melanjutkannya (gelung).

Anda juga boleh menggelungkan rantau yang telah disaizkan semula. Apabila anda menggelungkan rantau yang disaizkan semula, hanya bahagian yang kelihatan pada rantau berulang apabila anda memainkan projek. Jika anda menambah kesenyapan dengan memanjangkan rantau, kesenyapan disertakan dalam setiap ulangan apabila anda menggelungkannya.

Gelungkan rantau

  1. Letakkan penuding di atas pinggir kanan atas rantau.

    Penuding menjadi penuding Gelung.

    Rajah. Penuding gelung di pinggir kanan rantau
  2. Seret pinggir kanan rantau sehingga ia sejajar dengan titik yang anda mahu ia berhenti dimainkan.

    Sambil anda menyeret pinggir rantau, “takik” muncul di bahagian atas dan bawah rantau, menunjukkan permulaan dan hujung setiap perulangan yang lengkap.