Potong, salin dan tampal rantau dalam kawasan Trek
Anda boleh memotong atau menyalin rantau dalam kawasan Trek dan menampalnya pada kedudukan berlainan. Anda juga boleh menampal rantau yang disalin pada kedudukan yang sama, untuk menggandakan rantau dengan cepat untuk digunakan pada trek lain.
Potong rantau
Pilih rantau, kemudian pilih Edit > Potong (atau tekan Command-X).
Salin rantau
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih rantau dalam kawasan Trek, kemudian pilih Edit > Salin (atau tekan Command-C).
Option-seret rantau.
Apabila anda menyalin rantau audio, rantau baru mengekalkan nama asal, dengan nombor jujukan ditambah. Contohnya, untuk rantau yang bernama MyLoop, salinan pertama ialah MyLoop.1, salinan kedua ialah MyLoop.2 dan seterusnya.
Tampal rantau
Alihkan penunjuk main di titik dalam kawasan Trek yang anda mahu rantau bermula, kemudian pilih Edit > Tampal (atau tekan Command-V).