Apakah rantau?

Rantau ialah blok binaan lagu bagi projek. Setiap kali anda merakam instrumen, menyeret Apple Loops pada kawasan Trek atau menambah fail media, rantau yang mengandungi muzik dari rakaman, gelung atau fail media dicipta. Rantau muncul sebagai segi empat bulat dalam kawasan Trek.

Terdapat beberapa jenis rantau yang berbeza, yang berwarna berbeza:

  • Rantau audio dari rakaman audio dan Apple Loops audio berwarna biru.

  • Rantau MIDI dari rakaman instrumen perisian, instrumen perisian Apple Loops dan fail MIDI yang diimport berwarna hijau.

  • Fail audio diimport (tanpa maklumat tempo) berwarna oren.

  • Rantau Drummer pada trek Drummer berwarna kuning.

    Rajah. Kawasan trek menunjukkan rantau dan jenis trek berlainan.

Anda boleh mengedit rantau dalam kawasan Trek dalam beberapa cara. Contohnya, anda boleh: