Alihkan rantau dalam kawasan Trek
Anda boleh mengalihkan rantau ke titik berlainan dalam trek yang sama atau mengalihkannya ke trek lain dari jenis yang sama. Anda boleh mengalihkan rantau audio ke trek audio lain, contohnya, namun bukan ke trek instrumen perisian atau sebaliknya.
Apabila anda mengalihkan rantau, ia melekat pada kedudukan terdekat pada grid kawasan Trek.
Alihkan rantau
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret rantau ke kiri atau kanan ke dalam kawasan Trek untuk mengalihkannya ke titik baru dalam trek yang sama.
Seret rantau audio ke atas atau bawah dalam kawasan Trek ke trek audio lain.
Seret rantau MIDI ke atas atau bawah dalam kawasan Trek ke trek instrumen perisian yang lain.