Lekatkan item pada grid
Kawasan Trek termasuk grid yang membantu anda menjajarkan rantau, titik automasi dan item lain dengan pembahagian masa dalam pembaris. Apabila anda melakukan sebarang tindakan berikut dan Lekat ke Grid diaktifkan, item beralih ke kedudukan seterusnya pada grid:
Mengalihkan dan mensaiz semula rantau
Mengalihkan penunjuk main
Melaraskan rantau kitaran
Menyeret gelung ke kawasan Trek
Mengalihkan titik automasi dalam lengkung automasi
Nilai grid bergantung pada seting zum semasa.
Aktifkan atau nyahaktifkan grid kawasan Trek.
Pilih Edit > Lekat ke Grid.