Tunjukkan lengkung automasi trek
Sebelum anda boleh menambah titik automasi pada lengkung automasi trek, anda perlu menunjukkan lengkung trek. Lengkung automasi dipaparkan di bahagian atas rantau audio dan MIDI merentas trek, merentas projek. Automasi diwakili oleh lengkung dan titik berwarna.
Selepas anda menunjukkan lengkung trek, anda boleh memilih parameter yang anda mahu gunakan—Pemudar kelantangan, tombol Sorot atau sebarang parameter untuk kesan tambahan atau Kawalan Pintar yang tersedia. Anda boleh bekerja dengan berbilang parameter pada trek yang sama.
Trek induk mempunyai lengkung automasi yang membolehkan anda mengautomasikan kelantangan dan sorot untuk projek keseluruhan. Anda juga boleh mengautomasikan seting kesan untuk trek induk menggunakan lengkung automasi induk. Untuk melihat dan mengedit lengkung automasi untuk keseluruhan projek, anda perlu menunjukkan trek induk.
Tunjukkan lengkung automasi untuk trek
-
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Campuran > Tunjukkan Automasi (atau tekan A).
Klik butang Automasi dalam bar menu kawasan Trek.
Butang Automasi dan menu timbul Parameter Automasi muncul dalam setiap pengepala trek. Selepas anda memilih parameter yang anda mahu automasikan—Pemudar kelantangan, tombol Sorot atau sebarang parameter untuk kesan tambahan atau Kawalan Pintar yang tersedia—dari menu timbul Parameter Automasi.
-
Klik butang Automasi Trek dalam pengepala trek.
Sebarang automasi sedia ada dipaparkan pada trek.
Aktifkan atau nyahaktifkan lengkung automasi untuk trek individu
Klik butang Automasi Trek dalam pengepala trek.
Apabila anda menyahaktifkan lengkung automasi, ia tidak akan dipadamkan, cuma tersembunyi.
Pilih parameter yang anda mahu automasikan
-
Pilih parameter dari menu timbul Parameter Automasi dalam pengepala trek.
Kelantangan dan sorot ditunjukkan dalam menu timbul, bersama-sama parameter untuk kesan yang ditambah dan sebarang Kawalan Pintar yang tersedia.