Apakah pencampuran?
Apabila anda mencampurkan projek, anda mengimbangi bahagian berlainan dan mengadunkannya menjadi satu bahagian sempurna. Anda juga boleh menambah kesan—termasuk trek induk—untuk mengubah bunyinya dan menggunakan automasi untuk mencipta julat dinamik dalam projek anda sepanjang masa.
Pencampuran biasanya melibatkan langkah-langkah berikut:
Setkan paras kelantangan trek untuk mengimbangi instrumen berlainan agar tiada yang tersembunyi dan bahagian paling penting menyerlah dalam campuran.
Setkan kedudukan sorot trek untuk meletakkan instrumen dalam medan stereo. Lazimnya anda mahu trek yang paling penting (biasanya vokal utama, instrumen solo, dram dan bes) diletakkan di tengah campuran dan trek lain (instrumen ritma dan instrumen yang menggandakan melodi) di sisi. Secara amnya, kebanyakan campuran perlu ditutup di tengah, dengan trek disorot jauh ke sisi hanya untuk kesan luar biasa.
Tambah dan laraskan kesan untuk mewarnakan bunyi trek atau projek keseluruhan. Anda boleh menggunakan kesan untuk beberapa sebab berlainan. EQ dan pemampatan lazimnya digunakan untuk membawa keluar trek atau instrumen tertentu dalam campuran. Talun digunakan untuk menambah kesan ruang sonik, manakala kesan seperti flanger, phaser dan penapis tala auto digunakan untuk memberikan perwatakan unik pada trek atau instrumen. Oleh kerana kesan adalah sangat versatil, cuba kesan dan praset berlainan untuk mencari yang anda suka, dan edit praset pada kesan yang anda dapatinya menarik, untuk menala halus bunyi lebih kepada yang anda sukai.
Cipta perubahan sepanjang masa menggunakan lengkung automasi pada trek individu atau trek induk, untuk membantu menambah dram dan ketegangan pada projek. Automasi juga boleh digunakan untuk menyerlahkan trek tertentu pada titik masa tertentu, untuk menukar seting kesan dalam bahagian berlainan projek untuk mengubahsuai bunyinya dan untuk menukar tempo dan pic keseluruhan projek.
Dalam proses mencampur, anda boleh memecutkan dan memudahkan aliran kerja anda dengan menyenyapkan dan menjadikan solo trek.