Tunjukkan trek Filem

Trek Filem memaparkan bingkai filem sebagai imej kecil. Bilangan bingkai yang dipaparkan bergantung pada paras zum bagi kawasan Trek. Semua bingkai dijajarkan ke kiri kecuali bingkai terakhir, yang dijajarkan ke kanan. Ini menjamin anda sentiasa boleh melihat bingkai pertama dan terakhir video, bebas daripada paras zum semasa. Margin kiri bingkai (kecuali bingkai terakhir) sentiasa dipaparkan pada kedudukan masa yang tepat pada bingkai.

Rajah. Trek Filem yang menunjukkan bingkai filem

Anda boleh mengesetkan resolusi bingkai filem imej kecil dalam anak tetingkap Lanjutan pada keutamaan GarageBand.

Tunjukkan trek Filem

  • Pilih Trek > Tunjukkan Trek Filem.