Tambah lagu tema pada filem

Anda boleh mengeksport salinan fail filem yang mengandungi lagu tema yang anda cipta dalam GarageBand. Lagu tema anda (yang termasuk audio filem, melainkan anda menyenyapkan trek yang mengandunginya) menggantikan audio sedia ada dalam filem.

Eksport filem dengan audio projek

  1. Pilih Fail > Filem > Eksport Audio ke Filem.

  2. Pilih kualiti eksport dari menu timbul Praset.

    Teks penerangan untuk praset yang muncul di bawah menu timbul Praset.

  3. Masukkan nama dan lokasi filem, kemudian klik Simpan.

    Filem yang dieksport mengandungi campuran terturun audio projek. Jika audio projek dilanjutkan melebihi hujung video, projek yang dieksport dipanjangkan agar sepadan dengan panjang audio projek.