Cipta lagu tema filem

Mencipta lagu tema video baru serupa dengan bekerja dengan sebarang projek GarageBand lain. Anda boleh menggunakan rakaman anda sendiri, menyusunnya, menambah fail media dan mencampur muzik, dialog dan kesan bunyi anda.

Semasa bekerja dengan fail filem, seringkali penting untuk memadankan (atau menyelaras) lagu tema dengan apa yang anda lihat. Untuk membantu memadankan peristiwa dalam lagu tema dengan filem anda, anda boleh menukar format masa dalam LCD kepada Masa untuk menjajarkan rantau dan item lain dengan titik pada pembaris yang mungkin tidak jatuh pada bar atau rentak. Anda juga boleh melaraskan tempo projek atau menambah perubahan tempo menggunakan trek Tempo, agar titik kunci dalam video sejajar dengan bar dan rentak.

Rajah. LCD dalam bar kawalan, memilih format Masa.

Menukar LCD untuk memaparkan masa mutlak

  • Klik ikon di sebelah kiri LCD, kemudian pilih Masa dari menu timbul.