Gambaran keseluruhan perubahan global

Selain daripada membolehkan anda bekerja dengan trek, rantau dan tampalan individu, GarageBand termasuk set trek yang boleh anda gunakan untuk mengawal aspek berlainan projek keseluruhan.

  • Trek Induk: Membolehkan anda mengawal kelantangan main balik projek keseluruhan, termasuk menambah pudar masuk atau pudar keluar. Untuk maklumat lanjut, lihat Bekerja dengan trek induk.

  • Trek Susunan: Mengandungi penanda susunan, yang boleh anda alihkan, salin dan edit untuk menyusun semula projek dengan cepat. Untuk maklumat lanjut, lihat Tambah penanda susunan dan Edit penanda susunan.

  • Trek Tempo: Mengandungi tempo projek dan semua perubahan tempo dalam projek. Untuk maklumat lanjut, lihat Gambaran keseluruhan trek.

  • Trek Transposisi: Mengandungi peristiwa transposisi yang digunakan untuk mentransposisikan bahagian projek ke atas atau bawah dalam pic. Transposisi memberi kesan pada rantau MIDI dan Apple Loops dan juga boleh mempengaruhi rantau audio. Untuk maklumat lanjut, lihat Gambaran keseluruhan trek Transposisi.

  • Trek filem: Memaparkan bingkai filem sebagai imej kecil yang diselaraskan dengan pembaris untuk digunakan dalam lagu tema filem. Potongan dalam filem bolehj dikesan secara automatik dan ditandakan. Untuk maklumat lanjut, lihat Tunjukkan trek Filem.

Anda boleh menggunakan trek ini dalam kawasan Trek, Editor Audio, Editor Lembaran Piano dan Editor Skor. Apabila anda menunjukkan sebarang trek ini, ia muncul betul-betul di bawah pembaris.