Tambah penanda susunan
Anda boleh menambah penanda susunan pada projek untuk mencipta seksyen berlainan, seperti intro, rangkai dan korus dan kemudian mengalihkan seksyen ke dalam kawasan trek untuk menyusun semula projek dengan cepat. Penanda susunan berguna khususnya apabila anda telah menambah bahan (rakaman, gelung atau fail media) pada projek dan mahu mencuba susunan berlainan.
Penanda susunan pertama bermula pada permulaan projek. Setiap penanda susunan tambahan yang anda tambah bermula pada penghujung yang sebelumnya, tanpa ruang di antaranya. Penanda susunan sangat berguna jika anda menambahnya pada setiap seksyen projek, agar anda boleh menyusun semula keseluruhan projek.
Anda boleh menambah dan mengedit penanda susunan dalam trek Susunan, yang muncul di bahagian atas kawasan Trek. Apabila anda menambah penanda susunan, ia adalah sepanjang lapan bar. Anda boleh mensaiz semulanya untuk meliputi seksyen projek yang anda mahu ia disertakan dan menamakannya semua untuk menunjukkan tempatnya dalam projek.
Tunjukkan trek Susunan
Pilih Trek > Tunjukkan Trek Susunan
Tambah penanda susunan
-
Klik butang Tambah Penanda (+) dalam trek Susunan.
Penanda susunan muncul pada permulaan projek atau pada penghujung penanda susunan terakhir yang wujud.
Saiz semula penanda susunan
Seret pinggir kanan penanda susunan ke kiri atau kanan.
Nama semula penanda susunan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Klik nama penanda susunan yang dipilih, kemudian pilih nama dari menu pintasan.
Klik nama penanda susunan yang dipilih, kemudian Nama semula dari menu pintasan, kemudian taip nama baru.