Edit penanda susunan
Selepas anda menambah penanda susunan pada trek Susunan, anda boleh menggunakannya untuk menyusun semula projek anda. Anda boleh memilih penanda susunan, mengalihkannya dan menyalinnya, menggantikannya dan memadamkannya dari trek Susunan.
Apabila anda mengalihkan atau menyalin penanda susunan, semua rantau dalam seksyen projek tersebut dialihkan atau disalin, termasuk penanda pada setiap trek dalam seksyen dan titik automasi pada setiap lengkung automasi dalam seksyen. Jika sebarang trek dalam projek dikunci, anda perlu membuka kuncinya sebelum mengedit penanda susunan dalam projek.
Pilih penanda susunan
Dalam trek Susunan, klik penanda susunan.
Untuk memilih berbilang penanda susunan, Shift-klik padanya.
Anda tidak boleh memilih penanda susunan yang bukan bersebelahan.
Alihkan penanda susunan
Seret penanda susunan ke kedudukan baru dalam trek Susunan.
Apabila anda mengalihkan penanda susunan antara dua penanda susunan sedia ada, penanda di sebelah kanan bergerak ke kanan untuk mengosongkan ruang bagi penanda baru. Apabila anda menyeret satu penanda susunan ke atas penanda lagi satu dalam trek Susunan, dua penanda bertukar tempat (semua kandungannya akan bertukar juga).
Salin penanda susunan
Option-seret penanda susunan ke kedudukan yang anda mahu meletakkan salinan.
Apabila anda meletakkan salinan antara dua penanda susunan sedia ada, penanda di sebelah kanan bergerak ke kanan untuk mengosongkan ruang bagi penanda yang disalin.
Gantikan penanda susunan
Command-seret penanda susunan terus ke atas penanda lain.
Padamkan penanda susunan bersama-sama ke rantaunya
Pilih penanda susunan, kemudian tekan Padam untuk memadamkan rantau dalam kawasan trek di bawah penanda susunan agar ia kosong. Tekan Padam sekali lagi untuk memadamkan penanda susunan.
Penting: Jika anda terpadam rantau yang anda mahu kekalkan secara tidak sengaja, gunakan Buat Asal untuk memulihkannya.
Apabila anda mengalihkan atau memadamkan penanda susunan, seksyen di sebelah kanan beralih ke kiri untuk mengisi seksyen yang dipadamkan, lalu menutup ruang kosong.