Tukar campuran pelajaran

Anda boleh menukar campuran instrumen dalam pelajaran Belajar Bermain untuk mendengar guru, instrumen dalam kugiran atau instrumen anda dengan lebih mudah. Contohnya, selepas anda berlatih pelajaran, anda boleh menyenyapkan instrumen guru untuk mendengar instrumen anda sendiri semasa anda bermain bersama kugiran.

Tunjukkan pencampur

  • Klik Pencampur di bahagian kanan atas tetingkap pelajaran.

    Rajah. Butang Pencampur

    Pencampur muncul sebagai tindanan di atas tetingkap pelajaran.

    Rajah. Pencampur Belajar Bermain

Tukar campuran pelajaran

Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Untuk menyenyapkan trek: Klik butang Senyap dalam pencampur.

  • Untuk menjadikan trek solo: Klik butang Solo dalam pencampur.

  • Untuk melaraskan kelantangan trek: Seret gelangsar kelantangannya ke kiri atau kanan.

Tunjukkan kawalan pencampuran untuk instrumen kugiran

  • Klik butang dengan segi tiga menuding ke atas dalam baris untuk Kugiran.

Reset instrumen kugiran kepada campuran lalainya

  • Klik butang Reset dalam baris untuk Kugiran.

Tutup pencampur

  • Klik mana-mana dalam tetingkap di luar pencampur.