Perlahankan pelajaran
Semasa bermain bersama-sama pelajaran, anda mungkin perlu memperlahankannya untuk mempelajari perenggan yang sukar. Anda boleh memperlahankan pelajaran sehingga separuh kelajuan asal dan kemudian meningkatkan kelajuan secara beransur-ansur semasa anda berlatih perenggan, sehingga anda boleh memainkannya pada kelajuan biasa.
Tukar kelajuan pelajaran
-
Seret gelangsar Kelajuan dalam bar kawalan ke sebelah kiri untuk memperlahankan pelajaran.
Klik butang Main untuk mula memainkan pelajaran.
-
Untuk melajukan pelajaran, seret gelangsar ke sebelah kanan.
Anda boleh menukar kelajuan pelajaran semasa pelajaran dimainkan atau dihentikan. Apabila pelajaran dimainkan pada kelajuan lebih perlahan, suara guru tidak boleh didengar.