Berlatih kord gitar

Belajar Bermain termasuk pelatih kord yang boleh anda gunakan untuk berlatih kord gitar. Dalam pelatih kord, kord dihimpunkan mengikut major dan minor serta sama ada ia kord kedudukan terbuka atau kord barre. Anda boleh memilih jenis kord yang anda mahu berlatih.

Apabila anda memilih jenis kord, kord muncul dalam tetingkap. Apabila anda bermain kord pertama dengan betul, kord tambahan muncul di sebelah kanan. Anda boleh berlatih kord dalam tertib yang dipaparkan atau memilih kord khusus untuk berlatih. Penjarian untuk kord semasa turut muncul pada fretboard beranimasi.

Nota: Sebelum memulakan persembahan, pastikan gitar anda telah ditala. Not atau kord yang tidak ditala dianggap ralat. Juga, jika anda memainkan gitar elektrik, pastikan kelantangan gitar tidak cukup tinggi sehingga menyebabkan penggalan. Not yang terpenggal dianggap ralat.

Buka pelatih kord

  1. Pilih Fail > Baru.

  2. Dalam Pemilih Projek, klik Belajar Bermain.

  3. Dwiklik Pelatih Kord.

    Rajah. Pemilih Projek, memilih Pelatih Kord
  4. Pilih jenis kord yang anda mahu berlatih daripada menu timbul Pelatih Kord di penjuru kiri atas tetingkap.

    Rajah. Menu timbul Pelatih Kord

    Kord untuk jenis yang dipilih muncul dalam tetingkap. Penjarian untuk kord semasa turut muncul pada fretboard beranimasi.

Latih kord dengan pelatih kord

  • Mainkan kord semasa seperti yang ditunjukkan dalam pelatih kord.

    Rajah. Pelatih Kord memaparkan kord latihan

    Apabila anda bermain kord semasa dengan betul, ia diserlahkan dalam warna hijau dan kord lain muncul di sebelah kanan. Meter prestasi, yang terletak di sebelah kiri bar kawalan, menunjukkan masa yang tersedia untuk memainkan kord dalam jujukan semasa.

  • Untuk memulakan jujukan sekali lagi, klik butang Pergi ke Permulaan dalam bar kawalan.

Pilih kod khusus untuk berlatih

  • Klik nama kord dalam baris di atas bar kawalan.

    Rajah. Pelatih Kord memaparkan kord latihan

Hentikan jujukan semasa

  • Klik butang Pergi ke Permulaan (segi tiga menuding kiri) dalam bar kawalan.

Keluar daripada pelatih kord

  • Klik “x” kecil dalam bulatan kelabu di penjuru kiri atas tetingkap.

    Apabila anda keluar daripada pelatih kord, anda kembali ke Pemilih Projek. Dari Pemilih Projek, anda boleh membuka pelajaran atau projek GarageBand.