Kawalan Pintar
Kawalan Pintar membolehkan anda melihat dan melaraskan bunyi trek yang dipilih dengan cepat. Setiap ciri Kawalan Pintar menampilkan satu set kawalan skrin. Melaraskan satu kawalan skrin boleh mengubah suai satu atau lebih parameter trek.
Kawalan skrin: Kawalan visual yang membolehkan anda mengawal bunyi trek. Kawalan skrin dilabelkan untuk menjadikan fungsinya lebih mudah difahami.
Pemeriksa Kawalan Pintar: Menunjukkan kawalan input dan pemantauan (untuk trek audio) atau kawalan kesensitifan keyboard (untuk trek instrumen perisian).
Butang induk: Menunjukkan Kawalan Pintar untuk trek induk.
Butang EQ: Membuka kesan EQ untuk trek yang dipilih.
Butang Amp dan pedal: Membuka Pereka Amp dan plugin Papan Pedal (trek gitar elektrik sahaja).
Butang Arpeggiator: Membuka Arpeggiator (trek instrumen perisian sahaja).
Buka anak tetingkap Kawalan Pintar
Lakukan salah satu daripada berikut:
Klik butang Kawalan Pintar dalam bar kawalan.
Pilih Paparan > Tunjukkan Kawalan Pintar.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai bekerja dengan Kawalan Pintar, lihat Gambaran keseluruhan Kawalan Pintar.