Editor Helaian Piano
Editor Helaian Piano menunjukkan not dalam rantau MIDI sebagai segi empat pada grid masa. Kedudukan setiap not menunjukkan kedudukan masa semasa ia mula dimainkan, tempohnya (panjang) dan pic.
Anda boleh mengedit not individu dengan mengalihkannya, mensaiz semula, menyeretnya secara menegak untuk menukar pic dan dengan pelbagai cara lain.
Bar menu Editor Helaian Piano: Mengandungi butang Lukis MIDI, butang Tangkap dan gelangsar zum.
Pemeriksa Editor Helaian Piano: Mengandungi kawalan untuk mengkuantumkan pemasaan not dan melaraskan pic serta kelajuan not.
Kawasan Paparan: Menunjukkan not dalam rantau MIDI atau rantau sebagai bar pada grid masa.
Pembaris: Menunjukkan pembahagian masa agar anda boleh menjajarkan dan mengedit not pada kedudukan masa yang tepat.
Penunjuk main: Menunjukkan kedudukan main balik semasa.
Buka Editor Helaian Piano
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dwiklik rantau MIDI dalam kawasan Trek.
Pilih trek instrumen perisian, kemudian klik butang Editor dalam bar kawalan.
Pilih trek instrumen perisian, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Editor.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan Editor Helaian Piano, lihat Gambaran keseluruhan Editor Lembaran Piano.