Editor Drummer

Jika anda menambah trek Drummer pada projek, anda boleh melihat dan mengedit trek Drummer track dan parameter rantau dalam Editor Drummer.

Bahagian kiri Editor Drummer menunjukkan seting untuk trek Drummer, termasuk genre dan drummer. Di sebelah kanan ialah parameter untuk rantau Drummer yang dipilih, termasuk praset, pad XY untuk melaraskan kekompleksan dan kekuatan persembahan rantau dan kawalan untuk mengedit parameter persembahan termasuk variasi corak alat kit dan seting isian.

Rajah. Editor Drummer.
  • Genre dan kawasan drummer: Pilih genre untuk melihat drummer untuk genre tersebut, kemudian pilih drummer untuk trek.

  • Senarai praset drummer: Pilih praset untuk rantau Drummer yang dipilih. Praset terdiri daripada semua seting rantau, kelihatan di sebelah kanan kawasan praset.

  • Pad XY: Laraskan kekompleksan dan kekuatan persembahan rantau.

  • Kawalan kit dram: Aktifkan instrumen berlainan dan pilih antara pelbagai variasi berlainan untuk dram dan alat perkusi. Anda juga mempunyai pilihan untuk memainkan separuh masa atau masa berganda untuk tendang dan jerut.

  • Kawalan persembahan: Laraskan nombor dan panjang isian menggunakan tombol Isian. Laraskan rasa kocol bagi persembahan rantau menggunakan tombol Ayun.

Buka Editor Drummer

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Dwiklik rantau Drummer pada trek Drummer.

  • Pilih satu atau lebih rantau Drummer pada trek Drummer, kemudian klik butang Editor Butang Editor dalam bar kawalan.

  • Pilih trek Drummer, kemudian klik butang Editor Butang Editor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bekerja dalam Editor Drummer, lihat Gambaran keseluruhan Editor Drummer.