Editor Audio
Editor Audio memaparkan bentuk gelombang audio bagi rantau pada trek audio. Anda boleh menyalin, menampal, mengalihkan, memangkas, memisahkan dan menyambungkan rantau audio. Menggunakan grid Editor Audio, anda boleh menjajarkan pengeditan dengan titik masa yang khusus dengan tepat.
Bar menu Editor Audio: Mengandungi butang Flex dan Tangkap dan gelangsar zum.
Pemeriksa Editor Audio: Mengandungi kawalan untuk membetulkan pic, mengkuantumkan masa dan transposisi.
Paparan Bentuk Gelombang: Menunjukkan bentuk gelombang audio untuk rantau pada grid masa.
Pembaris: Menunjukkan pembahagian masa agar anda boleh menjajarkan rantau dan membuat pengeditan pada kedudukan masa yang tepat.
Penunjuk main: Menunjukkan kedudukan main balik semasa.
Anda juga boleh mengedit not individu dan rentak dalam Editor Audio menggunakan Masa Flex. Semua pengeditan dalam Editor Audio tidak berbentuk memusnah, jadi anda boleh sentiasa kembali ke rakaman asal anda.
Buka Editor Audio
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dwiklik rantau audio untuk membukanya dalam kawasan Trek.
Pilih trek audio, kemudian klik butang Editor dalam bar kawalan.
Pilih trek audio, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Editor.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan Editor Audio, lihat Gambaran keseluruhan Editor Audio. Untuk maklumat lanjut mengenai membuat pengeditan Flex, lihat Edit pemasaan not dan rentak.