Pilih tampalan
Anda boleh melihat tampalan yang tersedia untuk trek yang dipilih dalam Pustaka. Apabila anda mencipta trek baru, anda boleh memilih tampalan daripada Pustaka dan memilih tampalan lain dari trek yang dipilih pada bila-bila masa.
Trek hanya boleh mempunyai satu tampalan untuk panjang projek dan anda hanya boleh memilih tampalan yang sepadan dengan jenis trek bagi trek yang dipilih.
Pilih tampalan untuk trek yang dipilih
Klik butang Pustaka dalam bar kawalan (atau dwiklik pengepala trek) untuk membuka Pustaka.
-
Pilih kategori tampalan dari senarai di sebelah kiri, kemudian pilih tampalan dari senarai di sebelah kanan.
Anda boleh bergerak menerusi item dengan cepat dalam mana-mana senarai menggunakan kunci Anak Panah Atas dan Anak Panah Bawah dan bergerak antara senarai menggunakan kunci Anak Panah Kiri dan Anak Panah Kanan.