Setkan kedudukan sorot trek
Tombol Sorot mengawal sama ada trek didengar dari kiri, kanan atau tengah medan stereo (pan ialah singkatan bagi panorama). Anda boleh mengesetkan sorot atau kedudukan imbangan bagi setiap trek dalam projek.
Laraskan kedudukan sorot trek
-
Dalam pengepala trek, seret tombol Sorot lawan arah jam untuk menyorot ke kiri atau ikut arah jam untuk menyorot ke kanan. “Titik” pada roda menunjukkan kedudukan.
Nota: Anda mungkin perlu mensaiz semula pengepala trek untuk melihat tombol Sorot.
Option-klik tombol Sorot untuk mengembalikannya ke kedudukan tengah.