Senyapkan trek

Anda boleh menyenyapkan atau membisukan trek agar anda tidak perlu mendengarnya apabila anda memainkan projek. Menyenyapkan trek berguna apabila anda mahu mendengar bunyi projek tanpa trek, membandingkan versi alternatif trek atau mencuba gelung berlainan dalam projek.

Senyapkan trek

  • Klik butang Senyap Trek Butang Senyap dalam pengepala trek.

Senyapkan berbilang trek

  • Klik tahan butang Senyap Butang Senyap, kemudian seret penuding ke atas atau bawah.

    Butang Senyap bagi semua trek yang dileret bertukar kepada keadaan yang sama.

Senyapkan semua trek

  • Tahan Command semasa mengklik butang Senyap Butang Senyap dalam pengepala trek.

    Semua butang Senyap yang sepadan dengan keadaan (senyap atau dinyahsenyap) bagi butang yang diklik turut bertukar kepada keadaan baru. Contohnya, jika anda mengklik butang Senyap yang tidak disenyapkan, semua trek yang dinyahsenyapkan kemudian disenyapkan.