Kunci trek
Anda boleh mengunci trek untuk menghalang perubahan tidak disengajakan. Semasa trek dikunci, anda tidak boleh merakam padanya atau mengedit atau mencipta rantau baru. Untuk mengedit trek, buka kuncinya, buat perubahan anda, kemudian kuncinya sekali lagi.
Kunci trek
-
Klik butang Kunci dalam pengepala trek.
Jika butang Kunci tidak kelihatan dalam pengepala trek, pilih Trek > Pengepala Trek > Tunjukkan Butang Kunci.
Kunci bertukar menjadi hijau untuk menunjukkan bahawa trek dikunci.
Untuk menyahlindungi trek, klik butang Kunci sekali lagi.
Kunci berbilang trek
-
Klik tahan butang Kunci , kemudian seret penuding ke atas atau bawah.
Butang Kunci bagi semua trek yang dileret bertukar kepada keadaan yang sama.