Aktifkan pemantauan input untuk trek audio
Anda boleh mendengar atau memantau, input dari instrumen atau mikrofon dalam GarageBand semasa anda memainkan dan merakam. Semasa anda mengaktifkan pemantauan untuk trek, anda mendengar bunyi dari instrumen muzik atau mikrofon yang disambungkan ke input trek. Pemantauan membolehkan anda mendengar diri anda bermain agar anda boleh mendengar bahagian yang anda mahu rakam dan juga baki projek. Ini berguna untuk mengesetkan paras audio atau berlatih bahagian sebelum anda merakam.
Aktifkan pemantauan input untuk trek audio
-
Klik butang Pemantauan dalam pengepala trek.
Klik butang Pemantauan sekali lagi untuk menyahaktifkan pemantauan input untuk trek.
Anda biasanya perlu menyahaktifkan pemantauan apabila anda tidak bermain atau menyanyi. Apabila pemantauan diaktifkan, komputer anda boleh menerima output dari speaker atau monitor anda, yang menyebabkan suap balik yang tidak diingini. Menggunakan fon kepala, berbanding speaker untuk mendengar projek anda boleh menyingkirkan suap balik.
Jika anda memilih mikrofon terbina dalam komputer anda sebagai input audio (dalam anak tetingkap Audio/MIDI pada keutamaan GarageBand), pemantauan dinyahaktifkan untuk semua trek Gitar Elektrik untuk mengelakkan bunyi yang tidak diingini.