Untuk mengesetkan tandatangan masa
Setiap projek mempunyai tandatangan masa, yang menentukan cara masa muzik dibahagikan ke dalam ukuran dan rentak. Tandatangan masa mengandungi dua nombor yang dipisahkan oleh sempang (/), yang kelihatan seperti pecahan. Nombor pertama mengawal bilangan rentak dalam setiap ukuran dan nombor kedua mengawal nilai rentak (panjang not yang mendapat satu rentak).
Anda boleh mengesetkan tandatangan masa bagi projek dalam LCD. Menukar tandatangan masa tidak mempengaruhi main balik projek, namun menentukan grid masa dalam kawasan Trek, Editor Lembaran Piano dan Editor Skor.
Nilai pembahagian (div) biasanya disetkan kepada 1/16 not, namun boleh bertukar bergantung pada paras zum semasa.
Penunjuk tempo dalam LCD sentiasa berkaitan dengan not sukuan, walaupun not kelapan dipilih sebagai penyebut dalam tandatangan masa.
Setkan tandatangan masa dalam LCD
Dalam LCD, lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk menukar bilangan rentak: Seret nombor atas secara menegak.
-
Untuk menukar nilai rentak: Klik nombor bawah, kemudian pilih nilai baru dari menu timbul.